Malaysia terima lebih 1 juta dos vaksin

Sebanyak 1,059,200 dos vaksin Covid-19 termasuk AstraZeneca diterima Malaysia pada Jumaat.
Sebanyak 1,059,200 dos vaksin Covid-19 termasuk AstraZeneca diterima Malaysia pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,059,200 dos vaksin Covid-19 diterima Malaysia pada Jumaat.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataannya pada Jumaat berkata, jumlah itu membabitkan 559,200 dos AstraZeneca daripada tempahan yang dibuat melalui fasiliti COVAX dan 500,000 dos daripada Sinovac.

"Dos AstraZeneca tiba dengan penerbangan MH6125 jam 7.50 pagi manakala vaksin CoronaVac keluarga Sinovac tiba dengan MH361," katanya.

CITF berkata, ketibaan bekalan AstraZeneca merupakan tambahan kepada stok sedia ada.

"Ini menjadikan jumlah terkini vaksin AstraZeneca yang sudah diterima daripada COVAX adalah 828,000 dos," katanya.

Badan itu berkata, sebanyak 559,200 dos AstraZeneca dijangka diterima pada hujung bulan ini.

"Dos AstraZeneca yang diterima sehingga kini telah dipastikan berkualiti, selamat dan berkesan melalui pematuhan ke atas keperluan Lot Release," katanya.

CITF berkata, vaksin tersebut akan dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) di Lembah Klang serta di tiga lagi negeri lain iaitu Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

Artikel Berkaitan:

"Ini semua adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk memperhebatkan lagi proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," katanya.

Di bawah PICK, peningkatan pemberian vaksin dijangka dapat disaksikan pada Jun depan.

"Pada ketika ini, kadar vaksinasi juga mencatatkan peningkatan yang konsisten, di mana sebanyak 60,261 orang telah menerima vaksinasi mereka pada Isnin 17 Mei lalu dan yang telah meningkat kepada 76,551 (Selasa) dan 83,648 (Rabu)," katanya.