Enam rumah musnah terbakar di perkampungan Bakau

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Sebanyak enam rumah musnah dalam kebakaran di sebuah perkampungan bakau di Jalan Seguntor di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu menerusi talian MERS99 pada pukul 10.43 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke tempat kejadian sejauh 16km dari balai dan tiba di tempat kejadian pukul 11.06 pagi.

"Kebakaran melibatkan tujuh rumah yang mana enam buah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar sebanyak 20 peratus,” kata kenyataan itu.

Tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: