X

Kindly register in order to view this article
!

550 lagi individu ditahan kerana ingkar SOP

Seramai 550 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada Khamis. Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 550 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada Khamis.

Tindakan diambil menerusi 69,617 pemeriksaan dijalankan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tindakan yang diambil, sebanyak 193 kesalahan gagal merekod butir diri atau daftar masuk premis telah direkodkan.

“Sebanyak 122 kesalahan tidak memakai pelitup muka; tidak patuh arahan kawalan pergerakan (72); tiada penjarakan fizikal (57); rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (4); mengadakan rumah terbuka (1) dan lain-lain (101),”katanya dalam satu kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) & Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jumaat.

Tambah beliau, operasi BENTENG (Op BENTENG) pada Khamis juga berjaya menahan25 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan dua kenderaan darat turut dirampas.

“Sebanyak 144 bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan,”katanya.

Dalam pada itu, jelas beliau pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!