Makmal ujian Covid-19 di Gaza kembali beroperasi

 Makmal ujian Covid-19 di Gaza kembali beroperasi selepas rosak teruk akibat serangan udara Israel
Makmal ujian Covid-19 di Gaza kembali beroperasi selepas rosak teruk akibat serangan udara Israel
A
A
A

GAZA - Satu-satunya makmal ujian Covid-19 di Gaza di Pusat Rawatan Kesihatan Primer Al-Remal kembali beroperasi selepas rosak teruk akibat serangan udara Israel pada 17 Mei lalu.

Menurut kemas kini yang dimuat naik di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis, pasukan jurutera dan teknikal kementerian telah membaik pulih bekalan elektrik dan sambungan Internet di makmal yang mengalami kerosakan.

Usaha memerangi pandemik di wilayah yang diceroboh itu tergendala akibat kepungan dan serangan udara rejim Israel.

Sehingga 17 Mei, sebanyak 332,915 kes Covid-19 dilaporkan di Palestin dengan 3,705 kematian.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk lebih 60 kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 12 penduduk Israel, terbunuh sejak keganasan meletus di sempadan Gaza pada 10 Mei.

Turut dilaporkan, perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas dipersetujui pada jam 2 pagi Jumaat waktu Palestin. - Bernama

Artikel Berkaitan: