Ramai ulama sokong Jokowi

Ma'ruf Amin digandingkan dengan Jokowi pada Pilpres kali ini.
A
A

SERANG - Wakil calon presiden, Ma'ruf Amin mendakwa majoriti ulama di Banten, Jawa Barat menyatakan sokongan kepada Joko Widodo atau Jokowi pada pemilihan presiden (Pilpres), April ini.

Sedangkan pada Pilpres 2014 katanya, ulama di wilayah itu lebih cenderung menyokong Prabowo Subianto.

Ma'ruf berkata, tanggapan itu dibuat selepas beliau mendengar sendiri maklum balas positif tinjauan pasukan kempen dalam kalangan kiai dan ketua agama di Banten.

"Kita terima repons positif di banyak daerah seperti Serang, Pontang dan Tamara," katanya.

Tambah Ma'ruf, antara faktor yang mendorong ulama menyokong Jokowi kerana sedar liputan negatif terhadap presiden itu adalah tidak benar.

"Kebetulan saya dari Banten. Jadi masyarakat di sini mahu melihat anak tempatan menang" ujarnya.

Ma’ruf adalah calon timbalan presiden untuk Jokowi bagi Pilpres 2019. - Kompas