X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Lelaki maut di IPD Gombak hadir bukan untuk siasatan

Arjunaidi Mohamed
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada Khamis bukan untuk tujuan siasatan sebaliknya bagi urusan dokumentasi susulan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya sebelum dia dilaporkan maut selepas mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, individu berusia 43 tahun itu dibawa dari sebuah kilang kira-kira jam 11.20 pagi berhubung waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah terhadap dirinya.

"Lelaki itu bersetuju ke IPD Gombak untuk dokumentasi. Lelaki berkenaan juga tidak digari kerana memberi kerjasama, namun setibanya di IPD Gombak pada jam 11.40 pagi, dia tiba-tiba mengalami sesak nafas," katanya pada sidang akhbar melalui Google Meet pada Jumaat.

Arjunaidi berkata, lelaki itu masih bernafas ketika pasukan perubatan dari Hospital Selayang tiba untuk memberikan bantuan kecemasan sebelum dilaporkan meninggal dunia.

“Saya menegaskan bahawa lelaki itu dibawa ke balai bukan untuk tujuan siasatan kerana perkara tersebut telah selesai.

"Dia dibawa kerana waran yang dikeluarkan terhadapnya dan diberi jaminan polis untuk hadir ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, keluarga lelaki itu memaklumkan bahawa dia mempunyai sejarah penyakit sesak nafas dan jantung.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah serangan jantung. Kita akan menyerahkan kertas siasatan kepada koroner untuk dijalankan inkues," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Tahanan polis meninggal dunia di IPD Gombak


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!