15 peniaga, pengunjung pasar pagi kena kompaun

Polis Petaling Jaya bersama MBPJ melaksanakan operasi pemantauan di pasar pagi Jalan Margosa, Sri Damansara di sini pada Jumaat.
Polis Petaling Jaya bersama MBPJ melaksanakan operasi pemantauan di pasar pagi Jalan Margosa, Sri Damansara di sini pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak 15 kompaun telah dikeluarkan terhadap peniaga dan pengunjung yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pasar pagi Jalan Margosa, Sri Damansara di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seramai dua pegawai dan 12 anggota polis bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah melaksanakan operasi pemantauan SOP PKP pada jam 7 pagi.

"Kita mengeluarkan 13 saman terhadap peniaga kerana tidak menyediakan pengimbas kod QR MySejahtera dan tiada alat penyukat suhu.

"Selain itu dua saman turut dikeluarkan terhadap pengunjung kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin berkata, pihak MBPJ juga turut mengeluarkan sebanyak 30 saman terhadap peniaga-peniaga yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

"MBPJ turut menyita barang-barang perniagaan seorang peniaga warga asing yang telah melarikan diri apabila menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa," katanya.

Mohamad Fakhrudin mengingatkan dan memberi amaran kepada orang ramai termasuk peniaga agar terus mematuhi arahan PKP.

"Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan kompaun akan diambil," katanya.

Artikel Berkaitan: