Pengarah JSJK Bukit Aman bersara wajib Isnin ini

Zainuddin Yaacob
Zainuddin Yaacob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob bersara wajib pada Isnin selepas 34 tahun menyumbang bakti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu PDRM dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din akan memangku jawatan Pengarah JSJK.

Zainuddin dilahirkan pada 24 Mei 1961 di Kuala Langat, Selangor mula menyertai PDRM sebagai Kadet Asisten Superintenden di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada 5 April 1987.

Sebagai Pengarah JSJK, pelbagai inisiatif dan pendekatan baharu telah diperkenalkan oleh beliau.

Menyedari bahawa perlakuan jenayah komersil dapat dibanteras dengan lebih efektif melalui kesedaran oleh masyarakat, beliau memberi penekanan untuk memperkasakan hubungan JSJK dengan pihak media bagi memastikan maklumat berhubung kes-kes jenayah komersil dapat disalurkan secara lebih cepat kepada masyarakat.

Antara lain, idea yang dicetuskan oleh beliau juga telah membawa kepada penubuhan CCID Response Center yang merupakan pusat panggilan yang membolehkan orang ramai berintekraksi secara langsung dengan pihak JSJK bagi mendapatkan atau menyalurkan maklumat berkenaan kes-kes jenayah komersil.

Melalui kepimpinan beliau juga, pelbagai kolaboratif dengan institusi perbankan, pihak swasta dan kerajaan dapat diwujudkan. Kolaboratif ini menghasilkan impak yang amat positif dalam usaha pihak JSJK untuk memerangi jenayah komersil.

Berbekalkan inisiatif dan fokus beliau dalam memerangi jenayah komersil, JSJK telah menempa kejayaan dan berjaya menumpaskan kegiatan sindiket penipuan yang giat beroperasi bukan hanya di Malaysia namun di peringkat antarabangsa merangkumi kegiatan pelaburan haram, Macau scam, African scam dan seumpamanya.

Artikel Berkaitan: