Covid-19: 6,493 kes positif dicatatkan hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 6,493 kes baharu positif Covid-19 dengan 50 kematian dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 498,795 kes.

"Terdapat dua kes import dan 6,491 kes penularan dalam negara membabitkan 6,038 rakyat tempatan dan 453 warga asing," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, jumlah kes aktif di seluruh negara adalah 52,106.

"Seramai 643 pesakit Covid-19 diletakkan di unit rawatan rapi termasuk 363 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, kes kematian yang dilaporkan KKM melibatkan 49 rakyat tempatan dan seorang warga asing.

"Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 2,149 kes," katanya.

Sebanyak 22 kes kematian dilaporkan di Selangor, Sarawak (lapan), Johor (lima), Kedah (empat), Kuala Lumpur (tiga), Negeri Sembilan (dua), Perak(dua), Melaka (dua), Pulau Pinang (satu) dan Kelantan (satu).

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,508 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 direkodkan.

"Jumlah kumulatif kes pulih adalah 444,540 kes iaitu bersamaan dengan 89.1 peratus," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penularan dalam negara, beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes positif iaitu 2,163 kes.

"Ia diikuti Kuala Lumpur (641), Sarawak (612), Kelantan (467), Kedah (436) dan Johor (406)," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Menurutnya, Perak melaporkan 382 kes, Negeri Sembilan (307), Pulau Pinang (302), Melaka (165), Pahang (161), Terengganu (139), Labuan (84), Putrajaya (20) dan Perlis (tiga).

Beliau berkata, KKM mengenal pasti 18 kluster baharu Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 1,984.

"Terdapat 10 kluster tempat kerja, lima kluster keagamaan dan tiga kluster komuniti dilaporkan," katanya.

Tambahnya, jumlah kluster yang tamat adalah 1,455 manakala 529 kluster masih aktif.

Sehingga 21 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 6,493 kes (498,795 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 2,163 (163,747)

Sabah - 144 (60,053)

Johor - 406 (52,937)

WP KL - 641 (52,538)

Sarawak - 612 (40,871)

P Pinang - 302 (25,004)

N Sembilan - 370 (21,874)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 21, 2021