Disangka lemas, rupanya balik rumah

Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa. (Foto: Ihsan bomba). Laporan Sinar Harian mengenai kejadian itu pada Rabu.
Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa. (Foto: Ihsan bomba). Laporan Sinar Harian mengenai kejadian itu pada Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI- Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjun dari jambatan Jalan Bypass Kota Tinggi, di sini pada Rabu lalu ditemui dalam keadaan selamat di kediaman salah seorang ahli keluarganya pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 45 tahun itu terselamat selepas terjun ke dalam sungai sebelum berenang ke tepi.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya menaiki teksi menuju ke Hospital Kota Tinggi dan berehat di belakang kawasan hospital.

"Selepas itu, dia ke rumah abang iparnya di Kota Jaya, sebelum abang iparnya memaklumkan kepada pihak polis.

“Kita masih menyiasat motif lelaki berkenaan yang terjun jambatan, namun ujian awal air kencing ke atas lelaki berkenaan mendapati dia positif dadah jenis morfin.

“Semakan rekod jenayah juga mendapati lelaki itu ada terlibat dalam beberapa kes jenayah dan kes narkotik melibatkan waran tangkap. Dia kemudiannya ditahan kerana mempunyai waran tangkap kes dadah," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan anggota bomba, polis dan Angkatan Tentera Malaysia telah dihentikan jam 8 malam pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan pihak berkuasa menggerakkan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjun dari jambatan Jalan Bypass Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan:

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan dipetik sebagai berkata, kejadian itu disedari orang awam yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN Lelaki hilang dipercayai terjun jambatan