Banci Malaysia 2020 secara bersemuka ditangguhkan

Banci Malaysia 2020 secara bersemuka yang sedang dijalankan di seluruh negara sehingga 30 Jun ini ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Banci Malaysia 2020 secara bersemuka yang sedang dijalankan di seluruh negara sehingga 30 Jun ini ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
A
A
A

PUTRAJAYA - Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara bersemuka yang sedang dijalankan di seluruh negara sehingga 30 Jun ini ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil bagi menyokong usaha kerajaan membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun Banci Dalam Talian (e-Census) dan pengumpulan data menggunakan kaedah Computer Assisted Telephone Interview (CATI) masih diteruskan.

“Justeru, orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru memberikan kerjasama dengan mengisi maklumat melalui e-Census atau sistem panggilan telefon,” katanya.

Berdasarkan respons yang diterima sehingga kini, DOSM berkata, seramai 19.2 juta atau 58.8 peratus daripada anggaran 32.7 juta penduduk Malaysia pada tahun 2020 telah direkodkan dalam Banci Malaysia 2020.

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila layari portal www.mycensus.gov.my atau berhubung terus dengan pejabat DOSM negeri berdekatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: