Britain lucut kewarganegaraan remaja sertai Daesh di Syria

Shamima Begum. - Foto Daily Star
Shamima Begum. - Foto Daily Star
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Kerajaan Britain dilapor melucutkan kewarganegaraan Shamima Begum, seorang remaja yang meninggalkan London pada usia 15 tahun untuk menyertai kumpulan militan Daesh di Syria.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang dikirim kepada keluarga remaja terbabit lalu diterbitkan ITV News, semalam.

Setiausaha Dalam Negeri Britain, Sajid Javid berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk menghalang mana-mana individu yang menyokong pertubuhan keganasan daripada pulang ke Britain.

"Berhubung situasi Shamima Begum, notis keputusan telah difailkan dan arahan untuk melucutkan kewarganegaraannya telah dibuat," kata Javid.

Begum yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki hujung minggu lalu, ditemui di sebuah kem pelarian di Syria oleh seorang wartawan London Times awal bulan ini.

Mencecah usia 19 tahun, Begum kini menzahirkan hasrat untuk kembali ke Britain.

Dalam pada itu, peguam keluarga Begum, Mohammed T Akunjee berkata, keluarga remaja berkenaan amat kecewa dengan keputusan terbabit dan sedang mempertimbangkan segala opsyen perundangan untuk mencabar keputusan itu.

Sementara itu, Sky News, yang memetik sumber kerajaan berkata, kewarganegaraan Begum boleh dilucutkan berikutan dia memiliki dua, iaitu British-Bangladesh.- Reuters

Artikel Berkaitan: