Lelaki larikan kereta bersama kanak-kanak direman

Suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian
Suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian
A
A
A

LUMUT - Seorang lelaki yang cuba membawa lari sebuah kereta bersama seorang kanak-kanak dalam kejadian berhampiran sebuah kedai haiwan di Seri Manjung, di sini pada Khamis ditahan reman sehingga Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi Bernama berkata, selain siasatan mengikut Seksyen 363 bagi kesalahan menculik, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi Khamis, kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun itu dikatakan sedang menunggu ibunya di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang tidak berkunci, apabila seorang lelaki berumur 24 tahun bertindak cuba melarikan kereta itu.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan: