Padam atau saya ambil tindakan: Zara Zya

Pelakon, Zara Zya
Pelakon, Zara Zya
A
A
A

PELAKON, Zara Zya memberitahu dia bakal mengambil tindakan undang-undang berkenaan satu penulisan blog hiburan yang cuba menjatuhkan reputasinya.

Zara menjelaskan hal tersebut dengan panjang lebar menerusi Instagram miliknya.

Berikut antara kandungan perkongsian Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Telenovela 2015;

1. Terdapat satu posting bertajuk “Hari kekasih kantoi leher zara zya penuh love bite?” melalui blog KAMI di facebook yg cuba menjatuhkan reputasi zara.

2. Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan Isi kandungan artikel tersebut.

3. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik zara.

4. Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya.

5. Zara telah dimaklumkan oleh beberapa peminat tentang fitnah tersebut dan terus merujuk kepada peguam peribadi.

Artikel Berkaitan:

6. Peguam zara iaitu Datuk Hifdzi Hamzah telah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

7. Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa tiga hari atau zara akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara.

8. Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan zara.

9. Zara berharap pihak-pihak di luar sana tidak mengambil kesempatan di atas populariti seseorang artis untuk kepentingan peribadi. .

10. Gambar pelakon @zarinazainuddin_ juga dijadikan sebagai muka depan yg tiada kena mengena dgn tajuk blog tersebut.