Guru besar direman kes salah guna wang zakat

Seorang guru besar direman lima hari kerana disyaki salah guna wang zakat.
Seorang guru besar direman lima hari kerana disyaki salah guna wang zakat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang guru besar sebuah sekolah kebangsaan direman selama lima hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk menyalahgunakan wang zakat berjumlah RM75,000 dua tahun lalu.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 25 Mei itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat permohonan tersebut.

Suspek berusia 54 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang selepas hadir memberikan keterangan kira-kira jam 4 petang pada Khamis.

Difahamkan, penjawat awam tersebut ketika bertugas di sebuah sekolah di Selangor telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah terbabit, bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat tersebut dari sebuah bank untuk bantuan anak-anak asnaf.

Bagaimanapun, wang sumbangan zakat itu telah digunakan bagi kegunaan diri beliau sendiri.

Pada Khamis, Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

ARTIKEL BERKAITAN SPRM tahan guru besar salah guna kedudukan

Artikel Berkaitan: