Ziarah Aidilfitri: Exco sedia beri kerjasama kepada polis

Borhan (kanan) memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang dijalankan di IPD Kuala Langat pada Khamis.
Borhan (kanan) memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang dijalankan di IPD Kuala Langat pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah memberi kerjasama penuh dalam siasatan polis berhubung tular gambar beliau di media sosial bersama tetamu yang berziarah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Borhan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat berkata, beliau telah hadir memberikan kerjasama itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada Khamis.

Katanya, perbuatan itu amat dikesali dan berjanji perkara seumpama itu tidak akan berulang.

"Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak di atas kesalahan ini.

"Saya mengakui kesilapan dan akan mengambil sepenuh tanggungjawab berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor mengesahkan, pihaknya telah membuka kertas siasatan bagi kes berkenaan.

Sebelum ini tular gambar Borhan yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) berhubung majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumahnya di Tanjung Sepat, di sini.

Artikel Berkaitan: