STAR sokong cadangan PBS jemput Warisan sertai PN

Jeffrey Kitingan
Jeffrey Kitingan
A
A
A

PAPAR - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong cadangan Parti Bersatu Sabah (PBS) menjemput Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi sebahagian gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau tiada masalah dan menyokong perkara itu.

"Saya sokong, tiada masalah. Saya tiada sebarang masalah kerana lebih banyak gabungan Sabah itu lebih baik, kenapa tidak," katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada Khamis yang menjemput Warisan mempertimbangkan kerjasama politik dengan PN sama ada sebagai ahli atau rakan kongsi PN.

Diminta mengulas lanjut, Jeffrey berkata, STAR menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai PN termasuk Warisan.

"Ini kerana Warisan juga mempunyai wakil rakyat, mereka mahu berkhidmat di kawasan, jadi kenapa tidak kita berkhidmat bersama-sama.

"Saya terbuka, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terbuka, kami ada perbincangan sebenarnya malah ketua menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) pun terbuka," katanya.

Artikel Berkaitan: