X

Kindly register in order to view this article
!

Pelaksanaan PKP penuh, PKPD perlu SOP jelas

Rais Hussin
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau PKP Diperketatkan (PKPD) bagi menangani penularan Covid-19 perlu dilakukan berdasarkan data dan sains serta prosedur operasi standard (SOP) yang jelas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, perkara lain yang mesti diberikan perhatian adalah usaha penyebaran maklumat yang dibuat dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Menurutnya, terdapat juga langkah yang perlu dilaksanakan sekiranya sesebuah kawasan itu melaksanakan PKPD selama 21 hari antaranya moratorium pinjaman selama tiga bulan, perlindungan sewaan sekurang-kurangnya dua bulan dan subsidi upah selama tiga bulan.

“Selain itu, turut perlu dilakukan adalah pemberian bantuan tunai kepada golongan B40 selama dua bulan, pengubahsuaian semula SOP ketika ini dan meningkatkan kapasiti dan kepantasan saringan melalui kerjasama dengan semua kerajaan negeri.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu melakukan bekerjasama melakukan sistem pengesanan kontak rapat bagi membolehkan perkongsian data antara pihak berkepentingan di samping pemvaksinan dos pertama terhadap seramai mungkin individu.

“Perkongsian awam dan swasta juga perlu dipermudahkan dan usaha untuk memperkasakan pengamal perubatan perlu dilakukan kerana mereka adalah penjaga kepada sistem perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Rais turut meminta semua pihak supaya berhenti berpolitik dan memberikan tumpuan terhadap pandemik dan pengurusan ekonomi untuk semua.

Katanya, hanya dengan melakukan kesemua perkara yang dicadangkan itu, negara akan memiliki keupayaan untuk membendung Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!