Covid-19: Penduduk Teluk Renjuna, Tumpat jalani saringan

Suasana di dewan terbuka SK Pulau Beluru, Tumpat ketika ujian saringan dilakukan bermula Jumaat.
Suasana di dewan terbuka SK Pulau Beluru, Tumpat ketika ujian saringan dilakukan bermula Jumaat.
A
A
A

TUMPAT - Seramai 300 penduduk di Kampung Teluk Renjuna, di sini mula menjalani ujian saringan Covid-19 bermula pada Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ujian saringan itu dijalankan di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru.

Rata-rata penduduk mula berkumpul di dewan terbuka SK Pulau Beluru seawal jam 8 pagi mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Difahamkan ujian saringan Covid-19 pada Jumaat melibatkan penduduk dari Kampung Teluk Renjuna sahaja.

Ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kepulauan Tumpat melibatkan Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan Pantai Suri yang berkuat kuasa pada 22 Mei hingga 4 Jun.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: