AS mahu Pakistan hukum dalang serangan di Kashmir

Serangan di Kasmir didalangi Jaish-e-Mohammed yang berpangkalan di Pakistan.
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) menggesa Pakistan menghukum mereka yang bertanggungjawab di sebalik serangan bunuh diri di Kashmir yang mengorbankan 40 anggota keselamatan India.

“Kami menggesa Pakistan bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan serangan itu dan menghukum sesiapa yang bertanggungjawab," kata jurucakap Jabatan Negara Timbalan Robert Palladino

Palladino berkata AS rapat dengan kedua-dua negara sejak serangan 14 Februari, yang didakwa dilakukan kumpulan Islam berpangkalan di Pakistan, Jaish-e-Mohammed.

India sebelum ini meminta Pakistan mengambil “tindakan yang boleh dipercayai dan nyata” terhadap pelaku serangan tersebut, menolak tawaran Perdana Menteri Imran Khan untuk menyiasat sebarang bukti yang ditawarkan oleh New Delhi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menghadapi tekanan daripada pihak nasionalis Hindu untuk bertindak tegas terhadap serangan itu, yang berlakubeberapa minggu sebelum beliau diramal mengadakan pilihan raya umum. - AFP