PKPD: Polis nafi 200 penduduk Kelantan lari ujian saringan

Shafien Mamat, (Sejak Rabu tular satu tangkap layar yang mendakwa kira-kira 200 penduduk PKPD di Kampung Pauh Lima, Bachok lari daripada menjalani ujian saringan Covid-19.)
Shafien Mamat, (Sejak Rabu tular satu tangkap layar yang mendakwa kira-kira 200 penduduk PKPD di Kampung Pauh Lima, Bachok lari daripada menjalani ujian saringan Covid-19.)
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan menafikan tangkap layar yang tular mengatakan 200 penduduk di Kampung Pauh Lima, Bachok lari daripada menjalani ujian saringan Covid-19 meskipun kawasan itu berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tindakan individu yang menyebarkan berita palsu itu disifatkan tidak bertanggungjawab kerana boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

"Untuk maklumat, polis sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi oleh penduduk," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menurutnya, semua pintu masuk ke lokaliti itu dipantau rapi bagi mengelakkan pembolosan berlaku.

Beliau berkata, seluruh masyarakat disaran supaya menyelidik terlebih dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkannya.

Sejak Rabu tular satu tangkap layar yang mendakwa kira-kira 200 penduduk PKPD di Kampung Pauh Lima, Bachok lari daripada menjalani ujian saringan Covid-19.

Artikel Berkaitan: