Penggunaan katil ICU cecah 83 peratus: Dr Noor Hisham

Penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara mencapai kapasiti 83 peratus.
Penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara mencapai kapasiti 83 peratus.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Ketua Pengarah Kesihatan mengesahkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara mencapai kapasiti 83 peratus, pada Khamis.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan itu membuatkan sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan orang ramai untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Berdasarkan data, sebanyak 11 negeri dan wilayah merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.

Antara negeri dan wilayah tersebut adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Sarawak, Putrajaya, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Dalam masa yang sama sebanyak 32 hospital kerajaan di seluruh negara merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.

"Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah.

"Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

"Majikan diseru memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa," rayu Noor Hisham.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, negara merekodkan angka kes baharu sebanyak 6,806 tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Ini diburukkan lagi dengan angka kematian yang juga tertinggi iaitu 59 kes.