Man Siam tikam rakan diberkas polis

Abdul Rahim
Abdul Rahim
A
A
A

KOTA BHARU - Suspek kes yang menikam rakannya akibat terpijak kepala semasa tidur di Kok Lanas pada Rabu berjaya diberkas polis, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi memaklumkan perkara tersebut dan suspek atau lebih dikenali sebagai 'Man Siam' ditahan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

"Kami berjaya tahan suspek pada jam 2.45 petang dan ketika itu dia sedang bersembunyi di dalam semak tidak jauh dari tempat kejadian. Permohonan reman akan dibuat nanti," katanya.

Menurutnya, pihak polis masih mengesan senjata yang digunakan suspek yang dipercayai sebilah golok kecil.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Man Siam yang berusia 20an tersebut didakwa bertindak menikam kenalannya yang berumur 38 tahun kerana mangsa dipercayai terpijak kepala suspek semasa sedang tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mati ditikam akibat terpijak kepala rakan sedang tidur

Kejadian yang berlaku jam 11.46 malam itu berlaku berhampiran reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas, di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: