Israel setuju gencatan senjata dengan Hamas

Serangan udara Israel dilancarkan di Gaza sejak 10 Mei lalu bagi memusnahkan sasaran ketenteraan Hamas. -Foto AFP
Serangan udara Israel dilancarkan di Gaza sejak 10 Mei lalu bagi memusnahkan sasaran ketenteraan Hamas. -Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Israel dan Hamas pada Khamis secara rasminya bersetuju mengadakan satu gencatan senjata selepas kedua-dua pihak bertempur lebih 10 hari di Gaza.

Dalam pertempuran itu, lebih 200 penduduk Palestin terkorban selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara di Gaza pada 10 Mei lalu.

Menurut portal berita France 24, kedua- dua pihak mula menamatkan pertempuran pada jam 2 pagi waktu tempatan pada Jumaat ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau bersetuju untuk menerima gencatan senjata itu yang diusahakan oleh Mesir itu.

Persetujuan itu diperoleh selepas beliau mengadakan satu mesyuarat dengan Kabinet Keselamatan pada Khamis lalu.

Gencatan senjata itu berlaku sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendesak ia diadakan selain usaha yang dilakukan oleh Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Biden turut mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Palestin dan Israel selepas mereka kehilangan orang yang tersayang dalam pertempuran itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: