Jatuhkan Tun M: Taktik alih skandal, krisis dalaman UMNO, Pas

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

SHAH ALAM - Khabar angin yang mendakwa wujud komplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dimainkan oleh pembangkang untuk mengalih pandangan rakyat terhadap skandal dan krisis kepimpinan yang dihadapi terutama UMNO dan Pas.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pihaknya percaya bahawa usaha itu dibuat bagi menggugat kestabilan dan mengganggu fokus kerajaan PH yang sedang bekerja keras untuk mensejahterakan hidup rakyat.

Beliau menegaskan, tidak timbul langsung soal undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir.

"Amanah yakin khabar angin yang disebarkan sengaja dimainkan parti lawan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pertuduhan dan siasatan terhadap segelintir pemimpin mereka serta krisis kepimpinan yang sedang membelit parti itu sehingga mengikis kepercayaan ahli mereka," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 17 Februari lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang untuk membelot terhadap Dr. Mahathir.

Takiyuddin yang menjawab kontroversi pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri menjelaskan, persetujuan bertulis parti itu sebenarnya deraf ikrar menyokong Dr. Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadap beliau.

Dalam pada itu, Mohammad berkata, Amanah dan parti-parti komponen lain dalam PH sentiasa teguh di belakang Dr Mahathir dalam usaha melakukan reformasi menyeluruh dan menambah baik tadbir urus negara.

"Sebagai Presiden Amanah, saya menyeru kepada ahli di segenap peringkat untuk terus menumpukan kepada usaha-usaha mengembangkan dan menambah keahlian anggota parti.

Artikel Berkaitan:

"Paling penting, kita perlu bekerja keras untuk memastikan calon Pakatan Harapan akan menang dalam PRK DUN Semenyih yang sedang kita hadapi.," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Guan Eng cabar Takiyuddin kemukakan bukti

Tiada seorang pemimpin PH bertanya sendiri kepada Dr Mahathir

Tak tahu Pas cakap betul ke bohong: Anwar