PSG gah tambah koleksi trofi domestik

Pemain PSG meraikan kejayaan menjuarai Piala Perancis.
Pemain PSG meraikan kejayaan menjuarai Piala Perancis.
A
A
A

BINTANG muda, Kylian Mbappe dijulang bagai wira atas kejayaan Paris Saint-Germain (PSG) menjuarai Piala Perancis selepas menewaskan Monaco 2-0 pada aksi final di Stade de France awal pagi Khamis.

Kejayaan itu meletakkan PSG berada dalam laluan terbaik untuk menambah koleksi kejuaraan domestik musim ini yang mana mereka masih berpeluang menyambar trofi Ligue 1.

Jika berjaya menumpaskan Brest pada awal pagi Isnin ini sambil pendahulu, Lille keciciran mata ketika berdepan Angers, maka ia akan membuka laluan kepada kelab gergasi Perancis itu ditabalkan selaku juara.

“Kami berusaha setiap hari demi mencapai penghargaan dan pengiktirafan seperti ini. Ia adalah hasil kerja berpasukan, semua yang terbabit dengan kelab ini, dan penyokong-penyokong yang tidak dapat bersama kami.

“Kami sentiasa memikirkan tentang peminat dan kejuaraan ini adalah untuk mereka. Apabila anda beraksi untuk PSG, salah sebuah kelab terbaik di dunia dan terbesar di negara ini, maka setiap gelaran itu penting,” kata Mbappe.

Pada Januari lalu, PSG yang tumbang di tangan Manchester City pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara meraih gelaran sulung musim ini apabila menjulang Trofi Juara selepas menewaskan Marseille 2-1 di Lens.

Artikel Berkaitan: