X

Kindly register in order to view this article
!

Empat lelaki kena kompaun RM1,500 seorang

Kedegilan empat lelaki tidak memakai pelitup muka mengundang padah apabila masing-masing dikompaun RM1,500 - Gambar hiasan
A
A

BENTONG - Kedegilan empat lelaki tidak memakai pelitup muka mengundang padah apabila masing-masing dikompaun RM1,500 seorang pada Selasa kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kesemua lelaki tempatan berusia 18 hingga 58 tahun itu masing-masing dengan sengaja tidak memakai pelitup muka di tempat kejadian.

Menurutnya, kesalahan itu dikesan ketika anggota kereta peronda polis(MPV) melakukan rondaan pencegahan jenayah di kawasan perindustrian di jalan lama Bentong menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 10.50 pagi pada Selasa lalu.

"Mereka memberikan pelbagai alasan tidak memakai pelitup muka.

"Kompaun telah dikeluarkan kepada mereka di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (No 2) 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, orang ramai diseru supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN) supaya rantaian pandemik Covid-19 berjaya diputuskan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!