X

Kindly register in order to view this article
!

2,687 warga UTM terlibat PKPD

Anggota unit bahagian Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan kerja-kerja pemasangan pagar kawat berduri di gate 2 di UTM Skudai hari ini. - Foto Bernama
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 2,687 warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini terlibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) berkuatkuasa 21 Mei sehingga 3 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai, Zainor Adani berkata, jumlah tersebut membabitkan seramai 2,131 penuntut dan 237 keluarga melibatkan 556 orang.

"Bilik Gerakan Bencana bagi pelaksanaan PKPD di UTM juga telah diaktifkan hari ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai akan mengetuai Bilik Gerakan PKPD UTM bagi menyelaras pengurusan dalam kawasan berkenaan.

"Sehingga hari ini, sebanyak 54 kes positif dikesan daripada 351 saringan yang dibuat, manakala 223 daripadanya negatif dan 74 masih menunggu keputusan melibatkan Kluster Lingkaran Ilmu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Zainor yang juga Pegawai Daerah Kulai berkata, semua urusan keselamatan dalam kawasan UTM akan diketuai polis dibantu Polis Bantuan UTM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Beliau berkata, agihan sumbangan, bantuan dan bekalan makanan akan diselaraskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melalui Bilik Gerakan PKPD UTM.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!