Lowry mantapkan pertahanan Harimau Selatan

Lowry pemain import terbaru Harimau Selatan.
Lowry pemain import terbaru Harimau Selatan.
A
A
A

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merekrut pemain pertahanan kelahiran Australia, Shane Lowry secara perpindahan percuma dari kelab Al-Ahli dalam usaha memperkuatkan Harimau Selatan itu bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Berita itu disahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman instagram Johor Southern Tigers (JST).

Menerusi perkongsian berkenaan juga, Tunku Ismail turut menegaskan Lowry akan turut menjadi ‘pemain sandaran’ bagi menggantikan Mauricio pada bila-bila masa dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

“(Shane Lowry) partner dengan Mauricio untuk ACL. Apabila liga bermula dia back up Mauricio jikalau ada apa-apa berlaku atau kecederaan kita masih ada foreign defender.”

“Hong Wan dari Wolverhampton report untuk tempat Haris sebagai local. Gonza (Gonzalo Cabrera) tahun depan local player.

“Kita ada lagi seorang Spanish defender dengan Asian passport by December from La Liga. Untuk maklumat lebih Alistair Edwards akan maklumkan kepada penyokong.” titah baginda menerusi instagram berkenaan pada Khamis.

Berita mengenai kehadiran pemain berusia 31 tahun itu yang pernah beraksi dengan Leeds United, Sheffield United, Millwall dan Leyton Orient dan Perth Glory itu turut dikongsikan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest di laman facebook JST mendapat pelbagai reaksi warganet.

Prest turut mengesahkan skuad Harimau Selatan itu turut menandatangani pemain pinjaman dari Brazil, Bergson Da Silva secara tetap dari Kelab Fortaleza bagi memperkuatkan lagi jentera serangan pasukan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, perkongsian tersebut Tunku Ismail surut menarik perhatian apabila menyatakan seorang lagi pemain import JDT, Gonzalo Cabrera

berkemungkinan muncul pemain naturalisasi terbaharu skuad Harimau Malaya tahun hadapan.

Perkara itu sekali gus menyaksikan Cabrera yang telah bersama skuad Harimau Selatan itu sejak musim 2017 lalu secara pinjaman dan bakal bergelar pemain naturalisasi terbaharu negara.

Cabrera juga bakal muncul selaku pemain naturalisasi keempat negara, setelah Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.