X

Kindly register in order to view this article
!

CITF siasat dakwaan pemberian dos vaksin Astreneza kurang

Kenyataan CITF pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Badan bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan berlakunya insiden kes pemberian vaksin Astrazeneca yang kurang daripada dos ditetapkan.

Menurut CITF, pihaknya mengambil maklum mengenai dua kes kejadian tersebut yang melibatkan Pusat Pemberian Vaksin Astrazeneca (PPV AZ) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 19 Mei lalu.

“CITF telah menerima maklumat bahawa terdapat dakwaaan dua kes pemberian vaksin Astrazeneca kurang daripada dos yang sepatutnya iaitu kurang daripada 0.5 mililiter (ml).

“CITF sedang menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan insiden ini dan kedua-dua penerima terlibat telah dikenalpasti,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Dalam pada itu, CITF menegaskan bahawa pihaknya sentiasa mementingkan mutu perkhidmatan semua pakar perubatan yang terlibat di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Katanya, ia termasuk penglibatan pakar perubatan swasta yang diuruskan oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang terlibat dengan PICK.

“Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang tidak memenuhi mut yang ditetapkan atau melanggar sebarang peraturan,” kata kenyataan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!