Arsenal congak peluang sambar tiket pentas Eropah

Martinelli
Martinelli
A
A
A

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta menganggap kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Khamis membuktikan keazaman tinggi The Gunners untuk meraih slot Eropah biarpun mereka berdepan masalah prestasi tidak menentu musim ini.

“Sejujurnya kami mahu mengesahkan slot lebih awal ke pertandingan Liga Europa pada musim depan dengan melakar kemenangan ketika berdepan Crystal Palace di Selhurst Park malam ini.

“Namun, untuk memastikannya dapat direalisasikan, kami juga perlu melihat kepada keputusan pencabar lain yang juga memiliki peluang sama. Buat masa ini, peluang kami masih ada.

“Secara keseluruhannya, saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Apabila anda dapat memenangi perlawanan pada saat-saat terakhir, ia selalu menggembirakan,” katanya.

Pada aksi di gelanggang lawan itu, dua gol pada masa kecederaan babak kedua menerusi Gabriel Martinelli dan Nicolas Pepe sudah cukup memastikan kemenangan bergaya Arsenal ke atas The Eagles.

Tiga mata berharga yang diperoleh itu membolehkan anak-anak buat Arteta menghidupkan peluang meraih slot saingan Kelayakan Liga Europa musim depan apabila mereka kini berada di tangga kesembilan - satu mata di belakang Tottenham Hotspur dan Everton.

Dalam pada itu, Arteta menyifatkan aksi terakhir EPL menentang Brighton hujung minggu ini sebagai platform terbaik buat The Gunners membuktikan kesungguhan beraksi di pentas Eropah musim depan.

“Kami perlu mengawal situasi pada perlawanan itu dengan lebih fokus kerana Brighton tentunya mahu mengakhiri saingan liga musim ini dengan keputusan positif.

Artikel Berkaitan:

“Apa pun kami kini berada pada landasan terbaik untuk membuktikan sesuatu pada penghujung musim selepas mengharungi saingan yang mencabar musim ini,” ujarnya.