Lori khinzir terbabas, pemandu cedera ringan

Lori membawa muatan khinzir terbabas di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan. - Foto BBP Bukit Sentosa.
Lori membawa muatan khinzir terbabas di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan. - Foto BBP Bukit Sentosa.
A
A
A

RAWANG - Sebuah lori lapan tan yang membawa muatan khinzir terbabas di bahu jalan di Kilometer (KM) 413 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan pada Khamis.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa menerusi satu kenyataan melaporkan mangsa merupakan seorang lelaki berumur 29 tahun mengalami cedera ringan dan selamat dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Khinzir terlepas di bahu jalan dan pihak bomba memastikan keadaan di lokasi benar-benar selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian. Foto BBP Bukit Sentosa.
Khinzir terlepas di bahu jalan dan pihak bomba memastikan keadaan di lokasi benar-benar selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian. Foto BBP Bukit Sentosa.

Menurutnya, semua muatan khinzir terlepas di bahu jalan dan pihak bomba bertindak memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Kes diserahkan pada pihak polis dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebelum anggota bertolak balik ke balai setelah tamat operasi," kata kenyataan tersebut pada Khamis.

Artikel Berkaitan: