Thailand: Daftar vaksin berpeluang dapat hiasan emas, anak lembu

(Gambar hiasan) Penduduk di Mae Chaem berpeluang memenangi anak lembu manakala penduduk di Phon di Khon Kaen pula ditawarkan hadiah perhiasan emas jika mendaftar untuk mendapatkan vaksin. - Foto ms.farmforage
(Gambar hiasan) Penduduk di Mae Chaem berpeluang memenangi anak lembu manakala penduduk di Phon di Khon Kaen pula ditawarkan hadiah perhiasan emas jika mendaftar untuk mendapatkan vaksin. - Foto ms.farmforage
A
A
A

BANGKOK - Dalam usaha untuk meningkatkan kadar inokulasi, pihak berkuasa wilayah di Thailand menawarkan berbagai hadiah daripada perhiasan emas hinggalah anak lembu sebagai cabutan bertuah kepada mereka yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mendaftar untuk suntikan itu.

Sementara penduduk di daerah Phon di Khon Kaen pula pejabat perbandaran menawarkan perhiasan emas dan memberikan potongan harga di restoran dan kedai tempatan kepada pemenang bertuah.

Ketua daerah Mae Chaem, Boonlue Thammanurak berkata, sejak cabutan bertuah dilancarkan, seramai 4,506 orang atau 40 peratus daripada 11,513 mereka yang berisiko sudah mendaftar untuk vaksin Covid-19, lapor The Nation.

Setiausaha Tetap wilayah Chiang Mai, Kanok Srivichainan berkata, program promosi vaksinasi Mae Chaem akan berlanjutan sehingga 70 peratus penduduk daerah itu divaksinasi.

Katanya, daerah Chiang Mai menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus daripada 1.73 juta penduduk mulai bulan depan untuk mencapai imuniti kelompak.

Sehingga 19 Mei, Thailand telah memberikan 2.54 juta dos vaksin di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: