Puspakom Padang Jawa ditutup mulai 20 Mei

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan menutup sementara cawangannya di Padang Jawa, Selangor serta merta mulai jam 1 petang pada 20 Mei 2021 selepas seorang kakitangan di cawangan tersebut disahkan positif Covid-19.

Puspakom dalam satu kenyataan berkata, penutupan tersebut bertujuan bagi proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh di cawangan berkenaan dan pembukaan semula cawangan tersebut akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan itu, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat di cawangan itu akan dipulangkan secara automatik.

"Sebagai alternatif, pelanggan yang telah membuat temujanji di Puspakom Padang Jawa boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in dengan pembayaran perlu dilakukan di

cawangan seperti berikut.

"Bagi kenderaan Persendirian pelanggan boleh hadir ke Puspakom Glenmarie,Puspakom Petaling Jaya dan Puspakom Bangi.

"Bagi Kenderaan Perdagangan Ringan (BDM ≤ 5,999 kg) dan E-Hailing boleh hadir ke Puspakom Banting, Puspakom Cheras dan Puspakom Taman Bukit Maluri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah kenyataan itu pelanggan perlu membawa slip pengesahan temujanji puspakom Padang Jawa semasa hadir ke cawangan alternatif.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Puspakom dalam kenyataan itu turut menjelaskan semua kakitangan cawangan terbabit akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

"Puspakom akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi gejala ini dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan," katanya.