Covid-19: Wilayah Persekutuan bermunajat bermula hari ini

Jawi menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat setiap hari sepanjang tempoh PKP bermula Khamis.
Jawi menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat setiap hari sepanjang tempoh PKP bermula Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Khamis.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, program tersebut susulan situasi terkini peningkatan kes penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“Ia akan diadakan selepas solat Maghrib dan solat Jumaat di masjid, surau Jumaat serta surau di kediaman masing-masing di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kaedah pelaksanaannya dengan memastikan imam yang bertugas akan membacakan teks zikir dan doa disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menggunakan pembesar suara yang jelas didengar oleh ahli kariah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Ajib turut menyeru agar semua bermunajat dan berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk agar penularan wabak Covid-19 dapat segera dibendung.

"Semoga negara Malaysia tercinta sentiasa dikurniakan perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT," katanya.

Artikel Berkaitan: