Tottenham cuba pujuk Kane

Kane
Kane
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur tidak bercadang menjual penyerang prolifiknya Harry Kane biarpun juara baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City menyatakan hasrat mendapatkan khidmat bintang England tersebut.

Sebaliknya pengerusi Tottenham, Daniel Levy menegaskan kelab tersebut akan berusaha mengekalkan khidmat penyerang utama Spurs bersama kelab London itu pada musim depan.

Malah tegasnya, sebarang perbincangan berhubung perkara berkenaan tidak akan berlaku dengan mudah kerana pihaknya tidak akan menjual pemain berusia 27 tahun itu.

“Kita akan cuba untuk yakinkan Kane untuk terus bersama kita dan kehadiran pengurus baharu kelak dipercayai mampu memujuk Kane.

“Kita juga difahamkan terdapat beberapa wakil daripada kelab lain juga telah menghubungi wakil Kane bagi mendapatkan pemain berkenaan,” katanya.

Manchester City dikatakan berminat mendapatkan khidmat Kane bagi menggantikan posisi Sergio Aguero musim depan selain Manchester United juga dikatakan berminat mendapatkannya untuk digandingkan dengan Edinson Cavani yang disambung kontrak sehingga penghujung musim depan.

Dalam pada itu, Levy berkata, Kane tetap memberikan aksi terbaiknya ketika berdepan Aston Villa sebelum ini walaupun biarpun menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab tersebut. Katanya, Kane tetap memberikan komitmen kepada kelab di sepanjang perlawanan walaupun tewas 1-2 pada perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan: