Ahli perniagaan didakwa menipu perniagaan pelitup muka

Tjeong Chan Chin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Khamis atas pertuduhan menipu membabitkan perniagaan pelitup muka berjumlah RM352,000. - Foto: Bernama
Tjeong Chan Chin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pada Khamis atas pertuduhan menipu membabitkan perniagaan pelitup muka berjumlah RM352,000. - Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini p[ada Khamis atas pertuduhan melakukan penipuan berhubung perniagaan pelitup muka yang tidak wujud.

Tjeong Chan Chin, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah menggunakan tongkat susulan kecederaan kaki kiri akibat terjatuh dua minggu lepas, didakwa telah memperdaya seorang lelaki berusia 37 tahun berhubung perniagaan pelitup muka yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM352,000.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Tempua 8, Puchong Jaya antara 28 April hingga 13 Mei 2020 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 Julai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali. - Bernama

Artikel Berkaitan: