Johor benarkan solat fardu, Jumaat bersyarat

Johor membenarkan solat fardu dan solat Jumaat dijalankan di masjid dan surau di negeri ini sepanjang tempoh PKP 3.0 secara bersyarat.
Johor membenarkan solat fardu dan solat Jumaat dijalankan di masjid dan surau di negeri ini sepanjang tempoh PKP 3.0 secara bersyarat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor membenarkan solat fardu dan solat Jumaat dijalankan di masjid dan surau di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 secara bersyarat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, kebenaran itu berkuat kuasa pada Jumaat hingga ke satu tarikh yang akan ditentukan Majlis Agama Islam Negeri (MAINJ) setelah mendapat pandangan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tosrin Jarvanthi
Tosrin Jarvanthi

Menurutnya, seramai 50 jemaah dari kalangan kariah sahaja termasuk ahli jawatankuasa pengurusan kariah dan pegawai masjid serta surau Jumaat dibenarkan bagi solat fardu dan solat Jumaat manakala bagi surau pula kebenaran diberikan kepada 20 ahli kariah termasuk ahli jawantakuasa kariah dan pegawai surau.

"Pihak jawatankuasa pengurusan masjid perlu bertindak tegas dengan tidak membenarkan jemaah yang tidak patuh prosedur operasi standard ( SOP) masuk ke dalam masjid atau surau serta menghubungi polis sekiranya diperlukan.

"Ini kerana berdasarkan pemantauan dilakukan pihak berkuasa sebelum ini, didapati masih terdapat jemaah yang tidak patuh kepada SOP ditetapkan seperti tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga penjarakan fizikal satu meter, tidak mengambil suhu badan dan jemaah kurang sihat hadir ke surau serta masjid," katanya menerusi kenyataan pada Khamis

Mengulas lanjut, Tosrin berkata, bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti majlis yang dibenarkan melibatkan majlis membudayakan al-Quran, bacaan Yassin dan tahlil, wirid khaujakan, zikir, Alsmaul Husna dan bacaan surah Al-Mulk dan surah Al-Kahfi dibenarkan iaitu 50 orang bagi masjid dan 20 orang bagi surau.

"Bagi kelas takmir, kelas al- Quran, kuliah umum dan khas secara fizikal ditangguhkan, namun kuliah dan ceramah secara atas talian adalah digalakkan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi mengingatkan jemaah tentang SOP yang ditetapkan, bilal masjid dan surau hendaklah membaca teks SOP disediakan Jabatan Agama Negeri Johor selepas solat sunat qabliah sebelum imam naik ke atas mimbar hari Jumaat," katanya.