X

Kindly register in order to view this article
!

Layanan istimewa semasa terima vaksin tidak akan berulang: Uggah

Douglas Uggah
A
A

KUCHING - Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi jaminan isu memotong giliran dan layanan istimewa semasa menerima suntikan Covid-19 tidak akan berulang di negeri ini.

Ia berikutan tular dalam laman sosial dan portal berita pada Rabu memaparkan gambar isteri seorang kenamaan di negeri ini yang didakwa memotong giliran di laluan orang kurang upaya (OKU) di pusat vaksinasi di Stadium Perpaduan di sini.

“Kita harap apa yang berlaku beberapa hari lepas tidak akan berlaku lagi, pihak pengurusan (pusat vaksinasi) memberi jaminan kepada saya. Kami memohon maaf atas isu memotong barisan ini.

“Kita sudah ada sistem, sistem itu mampu memastikan pergerakan proses vaksinasi dilaksanakan seperti dirancang,” katanya kepada pemberita di stadium berkenaan pada Khamis.

Beliau berkata, proses vaksinasi dan aliran di stadium itu sudah diperbaik selepas beberapa isu dibangkitkan baru-baru ini.

“Sistem itu sama sekali berbeza dengan sebelumnya, ia kini tersusun dan teratur dengan papan tanda lebih jelas. Sebelum ini, stadium itu sesak tanpa penjarakan fizikal. Jadi, kita akan bawa sistem baharu ini ke pusat vaksinasi lain di negeri ini,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!