Jualan keris Mohd Amar kumpul RM60,000 untuk Palestin

Mohd Amar (kanan) menunjukkan salah satu keris yang berjaya dilelong.
Mohd Amar (kanan) menunjukkan salah satu keris yang berjaya dilelong.
A
A
A

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berjaya mengumpul RM60,000 melalui lelongan amal keris peribadinya untuk diagihkan kepada Pertubuhan Cakna Palestin bagi membantu mereka yang berdepan kekejaman rejim Zionis di negara tersebut.

Mohd Amar berkata, jumlah sumbangan berkenaan berjaya diperoleh hasil bidaan Keris Melela dan dua bilah Keris Bugis miliknya, selain sumbangan terus daripada mereka yang tidak berjaya memenangi bidaan tersebut.

“Wang berkenaan kita kumpulkan daripada tiga pembida dan lima individu yang tidak berjaya membida termasuk dalam kalangan bukan Islam. Kesemua hasil jualan amal dan derma berkenaan akan disalurkan terus ke dana #Aid4Palestine melalui Pertubuhan Cakna Palestin.

"Keris-keris ini dijual dengan harga RM17,000, RM9,000 dan RM6,500 dengan hasil jualannya berjumlah RM32,500, selebihnya adalah sumbangan beberapa individu," katanya selepas membuat penyerahan keris kepada pembeli di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini pada Khamis.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Cakna Palestin, Wan Mohd Sharafi Wan Mustafa.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, beliau sangat menghargai dan berterima kasih kepada semua pembida dan penderma yang menyalurkan sumbangan untuk sama-sama menjayakan misi mengumpul dana Palestin itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Mohd Amar berjaya lelong keris RM42,500

Artikel Berkaitan:

Mohd Amar lelong empat keris kesayangan bantu Palestin