Allardyce tinggalkan West Brom hujung musim

Allardyce (kanan) bersama pengendali Crystal Palace, Roy Hodgson yang turut sama meninggalkan The Eagles hujung musim ini.
Allardyce (kanan) bersama pengendali Crystal Palace, Roy Hodgson yang turut sama meninggalkan The Eagles hujung musim ini.
A
A
A

SAM Allardyce bakal meninggalkan West Bromwich hujung musim ini selepas The Baggies diaibkan West Ham United 1-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Khamis.

Menurut Allardyce, pengurusan The Baggies sebelum itu menawarkannya untuk kekal di The Hawthorns mengemudi kelab tersebut pada musim depan.

Namun katanya, beliau mengambil keputusan untuk tidak menerima pelawaan kelab yang bakal beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan musim depan itu.

“Pelawaan West Brom membuktikan kelab ini bercita-cita tinggi musim depan, tapi saya terpaksa menolak selepas mempertimbangkannya.

“Biarpun begitu, saya gembira apabila kelab meminta pandangan saya mengenai calon terbaik bagi menggantikan posisi saya. Pencarian pengurus baharu kelab akan bermula selepas perlawanan menentang Leeds United.

“Buat masa ini fokus saya adalah untuk menyediakan barisan terbaik bagi mengharungi aksi terakhir liga pada musim ini dengan keputusan positif,” kata Allardyce.

Allardyce dilantik pengendali West Bromwich pada Disember selepas pemecatan Slaven Bilic, namun gagal menyelamatkan kelab Midlands tersebut kembali semula ke Liga Kejuaraan musim depan.

Ketika Allardyce mengambil alih The Baggies hanya memperolehi tiga mata daripada 13 perlawanan pembukaan.

Artikel Berkaitan:

Pada April, aura Allardyce untuk mengeluarkan kelab dari zon penyingkiran seakan cerah selepas melakar beberapa siri kemenangan termasuk mengejutkan Chelsea 5-2.

Namun kekalahan 1-3 kepada gergasi Inggeris, Arsenal pada 9 Mei mengesahkan status West Brom ke saingan divisyen dua musim depan.