DBKL tutup lima premis dikendali warga asing tanpa lesen

Lima premis warga asing di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur diarah tutup serta-merta pada Rabu. Foto: DBKL
Lima premis warga asing di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur diarah tutup serta-merta pada Rabu. Foto: DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup lima buah premis pakaian dikendalikan warga asing yang beroperasi tanpa lesen di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Rabu.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi sepasukan anggota penguat kuasa dari Jabatan Penguatkuasaan (JPK) DBKL pada jam 3 petang itu mengenal pasti kesemua premis perniagaan pakaian borong itu beroperasi tanpa lesen dan menggunakan pekerja warga Bangladesh tanpa kebenaran yang sah.

"Tindakan penguatkuasaan telah dilakukan dengan menutup (sealed) serta-merta lima premis terbabit di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL. Foto: DBKL
Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta SOP DBKL. Foto: DBKL

"Satu kompaun juga telah dikenakan kepada pemilik premis kerana menggajikan pekerja tanpa kebenaran yang sah di bawah UUK 20(1)(b), Undang-undang Kecil Pelesenan dan Tred 2016, manakala dua notis kompaun di bawah UUK 3(1), undang-undang yang sama kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen," kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

Tambah kenyataan itu, operasi itu akan diteruskan dari masa ke masa.

"Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara dalam talian di http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: