SPRM tahan pengurus syarikat kemuka dokumen palsu

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pengurus sebuah syarikat selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu ketika mengemukakan tuntutan daripada sebuah agensi kerajaan.

Menurut sumber, lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan pada jam 11 pagi Khamis selepas hadir di pejabat SPRM Sabah.

Sumber itu berkata, lelaki yang terlibat dalam pelaksanaan Projek Community Drumming itu dipercayai telah mengemukakan surat akuan dan pengesahan palsu yang dikemukakan bersama tuntutan berjumlah kira-kira RM170,000 pada 2018.

Tuntutan itu dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kudat bagi Projek Community Drumming di bawah Majlis Harga Barang Negara di kawasan Matunggong dan Sikuati untuk tahun 2018.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kesalahan disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu kemudian telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 25 Mei ini.

Artikel Berkaitan: