Rakyat di kawasan PKPD kena patuh arahan: MB Kelantan

Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan laptop kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin untuk kegunaan PKRC), pada Khamis.
Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan laptop kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin untuk kegunaan PKRC), pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mahu rakyatnya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama mereka yang tinggal di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, angka jangkitan di peringkat pusat agak membimbangkan dan semua pihak perlu menjaga diri masing-masing setiap masa untuk mengelak dijangkiti pandemik itu.

“Pada mesyuarat hari ini kita dapat laporan daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan buat keputusan mencadangkansupaya PKPD dilaksanakan di Limbat kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Oleh itu, kita harap mereka yang terlibat dengan PKPD akan mematuhi semua peraturan ditetapkan di kawasan berkenaan selain patuh SOP,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Malaysia mencatatkan jumlah 6,806 kes pada Khamis dan Kelantan mencatatkan 426 kes.

Artikel Berkaitan: