Mayat lelaki berulat ditemui berdekatan R&R Seremban

Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan dalam keadaan berulat di ladang kelapa sawit berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan, pada Rabu.
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan dalam keadaan berulat di ladang kelapa sawit berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan, pada Rabu.
A
A
A

NILAI - Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan dalam keadaan berulat di ladang kelapa sawit berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 6.30 petang.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat ketika ditemui, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lima hari.

"Pemeriksaan mayat ditempat kejadian mendapati keadaannya telah berulat dan berbau busuk.

“Identiti mayat tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mohd Fazley berkata, mayat telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Justeru, pihak polis meminta mana-mana individu yang kehilangan saudara-mara atau mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat tersebut untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: