Formula Penyelesaian Dua Negara tidak adil bagi Palestin

Mahasiswa Amanah Nasional menyifatkan cadangan penyelesaian konflik di antara Israel dan Palestin mengikut formula Penyelesaian Dua Negara adalah satu idea gagal dan tidak adil bagi rakyat di Palestin. - Foto AP
Mahasiswa Amanah Nasional menyifatkan cadangan penyelesaian konflik di antara Israel dan Palestin mengikut formula Penyelesaian Dua Negara adalah satu idea gagal dan tidak adil bagi rakyat di Palestin. - Foto AP
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan penyelesaian konflik di antara Israel dan Palestin mengikut formula Penyelesaian Dua Negara atau 'two-state solution' daripada sebahagian pemimpin dunia termasuk Malaysia merupakan idea gagal dan tidak adil bagi rakyat di Palestin.

Mahasiswa Amanah Nasional dalam kenyataan berkata, seluruh dunia sedar bahawa Israel adalah penjajah, negaranya ditubuhkan secara haram dengan merampas hak dan tanah air warga Palestin.

"Maka sudah pasti, cadangan ini tidak lain hanyalah retorik politik dan juga agenda untuk mengiktiraf negara haram Israel.

"Oleh itu, kami mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang mengiktiraf kewujudan kerajaan haram Israel yang terkenal dengan tindakan melanggar perjanjian damai, membunuh warga yang tidak bersalah termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Seharusnya negara pengganas ini dilenyapkan terus daripada muka bumi ini bagi menjamin keamanan global," kata kenyataan itu pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Palestin: Malaysia sokong 'Penyelesaian Dua Negara'

Menurut kenyataan itu, bagi menyelesaikan konflik berkenaan, Mahasiswa Amanah Nasional mendesak kerajaan Amerika Syarikat yang merupakan pendokong kuat rejim Israel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai organisasi antarabangsa bertanggungjawab agar mengarahkan rejim zionis Israel menghentikan penjajahan serta mengembalikan semula hak rakyat Palestin yang dirampas.

Tambah kenyataan itu, warga Palestin berhak hidup secara aman damai di tanah air mereka sendiri seperti warga dunia yang lain selain mereka juga berhak memilih corak pemerintahan negara yang adil buat semua pihak.

Artikel Berkaitan:

"Demi keadilan rakyat Palestin, Mahasiswa Amanah Nasional menyeru kepada seluruh pemimpin dunia Islam agar bersatu, bersuara dengan lebih tegas dan mengambil tindakan yang proaktif untuk mengembalikan hak serta keadilan rakyat Palestin.

"Diamnya umat Islam terhadap isu Palestin hanyalah menjadi asbab kepada penindasan saudara kita di sana. Bangkit dan bersuara untuk kembalikan hak mereka sebagai pemilik asal tanah Palestin agar mereka dapat hidup secara aman damai," kata kenyataan itu.