Krisis Covid-19: Lapan saranan untuk Majlis Keselamatan Negara

No Image Caption
A
A
A

KITA kini sedang berada pada tahap yang kritikal di mana kapasiti sektor penjagaan kesihatan sangat tegang. Tindakan segera dan tegas perlu dilakukan sebelum terlambat.

Pekerja barisan hadapan sangat tertekan dan sudah tiba masanya kita menggunakan pendekatan kecerdasan buatan (AI), kurangkan birokrasi dan bergabung dengan sektor swasta.

Rakyat kini sudah penat selepas lebih dari setahun terpaksa berhadapan dengan pandemik ini. Berhenti salahkan rakyat kerana gagal dalam melawan pandemik ini.

No Image Caption

Berikut adalah langkah yang perlu diambil hasil konsultasi Sinar Harian dan beberapa wartawan veteran yang prihatin dengan pakar-pakar perubatan dan sains negara;

1. Memperkukuhkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berdasarkan bukti sedia ada:

Gunakan bukti sedia ada bagi mengenal pasti sektor, aktiviti tempat penyebaran berlaku dan perkukuhkan PKP di kawasan tersebut. Mengetahui bahawa Covid-19 merebak melalui udara, jadi masalah pengudaraan beserta ruangan yang sempit dan kecil sesuatu bangunan harus ditangani.

2. Ujian saringan Covid-19 berskala besar dan bersasar dilakukan secara percuma:

Artikel Berkaitan:

Mengapa? Ia sangat penting agar individu yang dijangkiti meskipun tidak bergejala dapat dikesan dengan pantas seterusnya dapat diasingkan.Penggunaan ujian antigen RTK sangat berkesan bagi mengesan individu yang dijangkiti serta keputusan boleh dikeluarkan dalam beberapa minit dan jauh lebih murah. Jangan menangguhkan tindakan selanjutnya seperti Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), isolasi, rawatan serta pengesanan kontak rapat. Jangan menambahkan lagi beban kepada pekerja kesihatan. Jangan menambahkan kos. Jangan menambahkan kertas kerja dengan mengulangi ujian PCR.

No Image Caption

3.Pengurusan komuniti Covid-19:

Gunakan alat digital untuk mengurangkan penggunaan dokumen dan birokrasi yang akan meminimumkan keperluan pekerja kesihatan. Bekerjasama bersama pakar perubatan di hospital swasta untuk terlibat dalam pemantauan rumah yang disokong oleh alat digital bagi pesakit Covid-19 berisiko rendah sehingga disahkan betul-betul pulih.

4. Optimumkan penggunaan pusat berisiko rendah (seperti PKRC MAEPS):

Hanya untuk mereka yang tidak dapat mengasingkan diri dengan selamat di rumah ditempatkan di PKRC dan jangan disalah guna tempat tersebut.

5. Pengurusan hospital dan ICU Covid-19:

Perluaskan penggunaan katil pesakit Covid-19 serta Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan menyatukan sektor awam, GLC, dan swasta. Cadangan ini telah banyak kali diusulkan namun usaha yang dijalankan adalah lemah dan terhad. Manfaatkan kuasa untuk menggunakan harta tanah peribadi yang sudah diizinkan oleh undang-undang.

6. Vaksinasi:

Dalam jangka pendek, utamakan dan tingkatkan vaksinasi dengan cepat. Gunakan segala semua sumber yang ada seperti sektor swasta, tentera, NGO di kawasan yang paling teruk terjejas. Memandangkan kekangan bekalan, utamakan pemberian vaksin dengan satu dos dan bukannya kurang dengan dua dos dimana ia akan menyebabkan penangguhan dos kedua.

No Image Caption

7. Komunikasi risiko untuk mendidik dan memperkasakan:

Orang adalah rakan kongsi dan mereka juga jalan penyelesaiannya - bukan punca masalah. Penilaian risiko diri.

8. Pelan sosioekonomi untuk jalan keluar yang lancar dan selamat / keluar dari PKP:

Pelaksanaan PKP tidak akan mengakhiri pandemik ini dan perlu mempunyai perancangan untuk jangka panjang, di mana kita harus hidup dengan virus dengan mengambil langkah berdasarkan bukti dan pendekatan yang digunakan pada keadaan epidemiologi tempatan. Beri keluarga, perniagaan dan industri mengenai langkah-langkah dan apa yang perlu dilakukan agar segala rancangan dapat dilaksanakan, dan kesinambungan dapat dimaksimumkan.

Ini adalah suara dari bawah, dari rakyat untuk sama-sama kita DEPANI KRISIS COVIC-19 yang makin mengganas dan mengancam nyawa, keselamatan dan negara kita.

Ayuh semua sama-sama kita mengembling tenaga dan buah fikiran melawan pandemik ini.