X

Kindly register in order to view this article
!

Jabatan Mufti Perak saran baca Yasin malam ini

Orang ramai boleh mengikuti bacaan Yasin ini menerusi Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak atau aplikasi Zoom Meeting.
A
A

IPOH - Jabatan Mufti Perak menyarankan umat Islam di negeri ini mengikuti majlis bacaan Yasin di kediaman masing-masing pada jam 8 malam ini (Khamis).

Menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan, Kelab Kebajikan dan Sukan jabatan itu mengadakan majlis bacaan Yasin yang disiarkan secara langsung bagi mendoakan negeri ini diselamatkan daripada wabak Covid-19.

"Kita harap agar semua muslimin dan muslimat dapat menyertai atau menyaksikan secara live majlis ini nanti.

"Kita juga menyeru agar muslimin muslimat dapat mengadakan bacaan Yasin bersama keluarga di kediaman masing-masing," katanya.

Orang ramai boleh mengikuti bacaan Yasin ini menerusi Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak atau aplikasi Zoom Meeting.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bersama empat kakitangan jabatan telah disahkan positif Covid-19.

Selain itu, perkembangan kes terbaharu Covid-19 menunjukkan Perak merekodkan 220 kes baharu jangkitan tempatan dengan satu kluster baharu iaitu kluster Kampung Batu Tiga di daerah Batang Padang.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!