Cubaan edar air, daun ketum gagal

Bungkusan air ketum dan daun ketum yang ditemui kereta dipandu suspek yang ditahan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di kawasan Seri Damai di sini pada Selasa. - Foto PPM Wilayah Tiga
Bungkusan air ketum dan daun ketum yang ditemui kereta dipandu suspek yang ditahan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di kawasan Seri Damai di sini pada Selasa. - Foto PPM Wilayah Tiga
A
A
A

KUANTAN - Unit Risikan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan berjaya mengagalkan cubaan mengedar air ketum di sekitar daerah ini berikutan penahanan seorang lelaki di Jalan Perumahan Taman Sri Perdana, Seri Damai di sini pada Selasa.

Kenderaan dipandu lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengahari untuk pemeriksaan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Komander Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek membawa kepada penemuan 267 paket air ketum dan 15 kilogram daun ketum yang belum diproses.

Menurutnya, nilai rampasan air dan daun ketum dianggarkan mencecah lebih RM3, 400

"Turut dirampas kereta jenis Proton Wira yang digunakan suspek untuk siasatan lanjut.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta hampir RM10,000," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Norzaid berkata, berdasarkan siasatan awal, bekalan air dan daun ketum itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah ini.

"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pihaknya sentiasa mengadakan pemantauan dan risikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) ketika ini bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah yang berlaku di laut dan di darat.