Bayi lelaki bertali pusat ditemui dalam plastik

Anggota polis dan orang awam melihat bayi di dalam plastik di belakang sebuah rumah di Kampung Kayu Ara.
Anggota polis dan orang awam melihat bayi di dalam plastik di belakang sebuah rumah di Kampung Kayu Ara.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat ditemui di dalam plastik hitam di atas meja di belakang rumah seorang lelaki warga asing di Kampung Kayu Ara di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan itu setelah terdengar tangisan bayi tersebut lebih kurang jam 4.50 pagi.

"Siasatan awal mendapati bayi yang telah dihurung semut itu disyaki bukan berasal dari kawasan perumahan tersebut kerana tiada penduduk perempuan yang sedang mengandung," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Mohamad Fakhrudin berkata, bayi lelaki itu telah diselamatkan dan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

"Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini, boleh tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat jenayah Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya 03-79662176," katanya.

Mohamad Fakhrudin memaklumkan kes disiasat di bawah seksyen 317 kanun keseksaan.

Artikel Berkaitan: